surat buat teman
Wednesday, July 14, 2010 11:01 AM
tamaknya saya nak buat sampai 3 post dalam masa satu hari! tapi saya rasa saya nak! saya punya blog! :)kehadapan awak [bukan nama sebenar], tujuan saya menaip surat ini adalah kerana saya ingin meluahkan rasa hati saya ini. saya tak dapat bendung lagi segala perasaan yang bercampur-baur dalam hati saya ni. saya cuba tapi saya tak mampu.sejujurnya awak terlampau baik. terlampau baik sampai satu tahap orang hilang rasa hormat pada awak. saya tak tau apa awak dah buat sampai macam ni sekali orang buat awak. saya sedih tengok awak. tapi awak tetap relax je. macam takde ape berlaku walaupun saya tau awak sakit. sakit belakang sebab rasa kene tikam. awak mungkin rasa itu gurauan yang saya boleh terima tapi hakikatnya saya tau awak serius. awak, awak tau kan yang awak tak perlu puaskan hati semua orang. malah takde sape pun yang mampu puaskan hati semua orang. jadi awak tak perlu ikut sangat diorang-diorang yang tak bertanggungjawab tu. sebab akhirnya yang kecewa ialah awak dan bukan mereka. mereka mungkin hanya akan bersorak gembira. ada orang kita boleh buat kawan, ada orang boleh jadi lawan. awak kene ingat benda tu.kita semua kene faham yang manusia adalah organisma yang paling rumit yang diciptakan tuhan. kita tak boleh nak jangka apa diorang akan buat dan cakap. tapi awak kene sentiasa bersedia. memang seharusnya awak relax je. sebab awak tak salah. mungkin kehadiran orang lain dalam hidup awak yang menjadikan situasi sekarang makin sukar difahami. dia yang selayaknya sedih. dia yang sepatutnya rasa bersalah. dia yang seharusnya selesaikan semua ni.awak, people come and go. itulah lumrah dan norma kehidupan yang kita perlu tempuhi. sukar ataupun tidak. tapi kita kene jugak lalui kan? kawan yang ibarat kaca tu boleh je ditinggalkan kat mana-mane macam botol kaca yang berselerakan kat tepi jalan tu and kawan ibarat permata tu, genggamlah i bagai nyawa kita sendiri.satu saya nak dari awak, belajarlah kata tidak ataupun no sekali sekala. bukan untuk mengeruhkan keadaan tapi untuk membaikpulih masa depan. saya tak nak orang pijak kepala awak. niat awak memang baik tapi.. kalau sampai macam ni jadinya, baik tak payah kan?jadi, awak berhati-hatilah and be strong! saya tau awak boleh. cuma ingat! jangan buat benda bodoh. janji yer. saya sayang awak!yang ikhlas,
thira.