DOTA
Tuesday, June 29, 2010 6:44 PM
haa.. bagi penggemar-penggemar game memang kenal sangat la dengan permainan ni. atau dalam kata nama lainnnya Warcraft III? kan? haha.. sumpah saya sangat cetek ilmu pengetahuan game. kalau dulu saya hanya dengar tentang game ini yang diperkatakan oleh ramai orang. atau game-game lain macam COD [Call of Duty] and L4D1/L4D2 [Left for Dead] and game bola pun ada jugak. entah la. pening dah. saya tak pernah terlibat. tapi sekarang, orang sekeliling saya semuanya bermain game. tambah-tambah orang paling dekat dengan saya. kalau dah bagi dia main game, memang saya yang depan mata ni, macam semut kat kaki jelah. [sikit punye besar saya ni jadi saiz semut? nak tipu biar beragak okay? haha..] yelah, semut kalau merayap kat kaki bukannya nampak. setakat rasa je. kalau effect dia besar, tepis-tepis je dengan kaki, kalau tak biarkan je semut tu merayap. so macam tu lah yang saya rasa. kadang-kadang berhenti je merayap sebab takde guna. hahaha.. ada sesetengah umat terutama golongan perempuan macam saya suka menggelarkan DOTA sebagai Dunia Orang Takde Awek. haha.. apa ku kisah? memang hakikat. kalau dah dapat main tu, bukan pandang kiri kanan. perempuan hot macam gunung berapi (takde kaitan) pun tak nampak. wek wek! :-p
p/s: jangan dilarang diorang main game.
at least game komputer.
BUKAN game lain? hahaha..
TAPI biar berpada-pada lah yer?
H.A.T.I
Monday, June 21, 2010 2:18 PM
tanya sama hati apa pasal resah?nanti jawab hati - aku tak tau.tanya sama hati apa pasal celaru?nanti jawab hati - aku tak tau.tanya sama hati apa pasal keliru?nanti jawab hati - aku tak tau.tanya sama hati apa pasal goyah?nanti jawab hati - aku tak tau.tanya sama hati apa pasal cemburu?nanti jawab hati - aku tak tau.hmm.. ape yang pasti, saya sedang merepek. entah ape yang ada dalam benak saya ni pun saya tak tau. tiba-tiba hati ni rasa tak senang. penuh dengan rasa-rasa yang tak pernah diundang untuk hadir dan tak pula dihalau untuk pergi. (dalam resah boleh jugak bagi ayat bunga-bunga cinta layu di pusara kan? haha.. takde kaitan. layaaan..) saya sendiri tak faham. entah kenapa sekarang hati ni sensitif sangat. tolong la tenangkan saya.saya memang budak penuh masalah kan?
terima jelah seadanya.
hati ni memang milik saya.
hati ini saya yang rasa.
perihal belog.
Thursday, June 17, 2010 2:37 PM
i think i've lost the touch. the touch of? writing. to share my thoughts or story or opinion. i just lose it. why do i have a blog is surely the question i would really wanna ask myself now. tapi, tapi.. entahlah. dah dua tahun ada blog. but masih tertanya-tanya what do i really wanna share here. all i know, when i first started this blog was all because i was pretty damn bored back then. no uni. no working. no nothing. boleh tahan? sure tak kan? so i ended having a blog without any specific reason. semua benda dalam blog saya ni is a mixture of everything. rojak ah kira. hmm.. sedap jugak dapat rojak buah time-time camni. laparrrrrrrr.. hahaha.. dah merepek. well, biarlah kata blog saya rojak kan? hee.. :)some people have blog for specific reason. ada yang jadikan blog sebagai diary. ada yang jadikan blog untuk memberi pandangan hidup. ada yang jadikan blog sebagai tempat untuk mempamerkan hasil-hasil nukilan and tulisan. ada jugak yang jadikan blog ni tempat untuk melariskan jualan. pendek kata, blog adalah medium penyampaian yang sangat popular. budak kecik pun boleh ada blog. dah tu camno? hehehe..jadi dah terbukti, sesebuah blog tu tak memerlukan sebarang sebab untuk terhasil. semua terpulang pada si penulis blog tu sendiri. sebab kat negara kita yang bebas ni kita bebas nak meluahkan ape yang kita rasa. sebab tu la boleh ada kes yang sampai naik turun mahkamah hanya disebabkan oleh sesuatu penulisan di dalam blog. eceh.. dah macam berita pulak dah. dah dah.. baik saya berhenti cakap pasal tu sebelum saya pulak yang kene. cuma tu lah. main point dia, kita boleh merepek sesuka hati kita, kita boleh mengarut ape yang kita nak tapi sentiasa berhati-hati dengan ape jua yang kita nak sampaikan.dan dengan itu jugalah terhasilnya belog-belog spesis saya punya ni. belog rojak! haha.. macam-macam ada. ada pasal peribadi. ada pasal orang. ada pasal negara. and just macam-macamlah. haha.. suka hati sayalah nak merepek ape. tak suka baca? malas baca? meluat baca? geli baca? exit banyak der. pandai-pandai cari jalan keluar okay?selamat muntah! haha.. :Dsaya pun macam orang lain jugak!
nak share ape saya rasa.
sebab tu saya jarang post URL belog saya kat mana-mana.
orang yang tau, tau lah.
more than words.
Wednesday, June 16, 2010 3:07 PM
mungkin saya masih tak layak untuk menyayangi juga disayangi.
mungkin saya masih mentah untuk terus berdiri kuat.
mungkin saya masih lembik untuk terus maju ke depan.
mungkin saya masih belum layak untuk berada disisi awak.
mungkin saya masih perlu perbaiki diri saya yang banyak kekurangan.
mungkin saya masih tak punya apa-apa.
maafkan saya.
sebab saya selalu melukakan awak.