aku adalah hippo, kau adalah hypo
Wednesday, July 14, 2010 10:02 AM
hippopotamus are not meant to live! eh salah! hypocrites! yes. hypo yang ni. bukan hippo yang comel lagi hampir pupus tu! orang yang suka take other people for granted pun tak layak untuk hidup! marahnya saya kan? memang marah pun! semua dasar tak kenang budi. saya semakin tak faham dengan orang atau bahasa lebih tepatnya manusia. heh. memang tak dinafikan yang manusia berubah sejajar dengan perubahan masa. [gila bai bahasa melayu aku!] tapi.. entahlah. kalau berubah jadi lebih baik takpe jugak? ini tidak. yer.. tidak dinafikan juga setiap manusia ada hak ke atas diri masing-masing untuk berubah ke tahap yang macam mana. [nak hebat je kan bahasa saya? ni bercakap pasal hak sebab baru lepas belajar pasal perlembagaan. ahaks! :-p] inilah yang dinamakan kawan semasa senang mudah didapati di pasaran tapi kawan ketika susah derita payah dan sewaktu dengannya memang sama susah untuk dicari di mana-mana sekalipun. nak kutip tepi jalan pun takde.
ah! ayat kasi gempak je. jadi ambiklah iktibar sikit. tak payah banyak. bila berkawan, berkawanlah dengan bersungguh dan bukan atas niat-niat yang tak elok. dan bila memilih kawan, pilih yang terbaik dari yang terbaik. nobody's perfect. tuhan bagi akaluntuk berfikir. bagi hati untuk memahami. gunakanlah semua tu sebaik mungkin. terangkan hati tu.
jangan mudah mempercayai sesiapa sekelip mata andai tidak tahu yang benar.
jangan mudah mengadili orang hanya kerana kesilapan sebesar zarah.
jangan mudah menuding jari jika diri tidak dicermini.
jangan mudah terpengaruh hanya kerana buta hati.
jangan berlagak tau segala andai ilmu baru sikit ditimba.
p/s: i trust no one but them and only them.
biar buta mata, jangan buta hati.
biar telinga tak mendengar, tapi otak memahami.