hingga akhir nanti
Friday, July 16, 2010 10:43 AM
memang takde kaitan kan tajuk dia? itu normal kan?
hello there. saya kembali! :) bukan main lagi kan saya update blog kebelakangan ini kan? tak. tak. bukan sebab tengah cuti dan banyak masa tapi sebab tengah study week. well so called study week la. kelas tetap dijalankan macam biasa tapi semua sekejap-sekejap je dan ada pulak yang cancel macam tu aje. jadi bosan menguasai diri. jadi tak salahkan nak membuang habuk-habuk yang bersarang kat blog ni? ;-)hmm.. pejam celik pejam celik, berlalulah semester ketiga saya di UniRazak, Kelana Jaya ni. Rasa masih baru lagi saya menjejakkan kaki kat tempat yang tak berapa nak asing Julai 2009 lepas. masa tu semuanya rasa baru. kawan baru. pengalaman baru. rutin harian yang baru. tapi hari ni? semua tu dah jadi rutin harian yang biasa. semester 3 ni adalah semester pendek. bermakna separuh dari semester biasa. so semuanya jadi sangat padat. kelas dan assignment memang normal la kan. bertindih antara satu sama lain meminta-minta untuk diselesaikan dengan kadar yang segera.semester 3 ni jugak banyak mengajar saya erti kesabaran. erti persahabatan. erti kepercayaan. memang tak dinafikan, semua ni banyak menjatuhkan dan menaikkan saya. [yer, jatuh dari segi fizikal pun banyak. yer, GELAKlah kuat-kuat lagi. :-p] tapi kita takkan belajar kalau tak terjadi pada diri sendiri. terima kasihlah korang-korang semua. tak baik berdendam. jangan ingat kita je yang bagus. masih ramai lagi kat luar sana yang lebih hebat dari kita. kita perlu buat yang terbaik untuk capai kat tahap tu. okay? belajar untuk kongsi kebahagiaan orang lain dan bukan menghancurkannya. ingat karma. what goes around comes around.UNITAR Kelana Jaya juga sudah tiada bila saya masuk semester 3 ni dan semestinya telah di-upgrade dengan nama UniRazak. terasa bangga sikit bila nama bunyi macam hebat dah kan? kalau dulu UNITAR sering dikaitkan dengan TARC and UTAR, kini tidak lagi. [hahaha.. macam bunyi iklan pencerah kulit muka!] so manusia-manusia semua, start noticing us alright? oh oh tak lupa jugak semester 3 ni lah semester terakhir kami kat Pintar Campus KJ ni. lepas ni we will be moving to L.CS (Leisure Commerce Square) bila dah kat tempat baru maknanya rutin pun akan berubah sikit. tiada lagi terminologi seperti R.U, Brothers, Kelana Mall, Giant and etc. semua tu bakal berubah. tempat lepak dan makan baru juga perlu dicari. parking pun? dan bagi saya, 'how to get there' baru.next week final exam. 3 subject yang cukup mencabar. tak dapat 3 dinstiction boleh buat saya nazak dengan serta merta. haha.. yang penting belajar kan? doa? yes doa diri sendiri dan doa mereka-meraka yang sudi. amin!gtg! snooker class is waiting! haha.. sape gelak, bukan bola snooker tu yang saya pukul tapi korang yang bergelar tenaga pengajar- Amar Zafran & Asyraf (kent).p/s: doakan saya okay?
saya ingin berjaya.
kalau saya berjaya mendapatkan DL,
oh indahnya mempunyai kenalan macam kalian!