Maintaining Friendship is Crucial; Best Friends Take Time
Monday, July 19, 2010 2:39 PM
i was going through one of my drawer the other night and i found this piece of paper. something to do with friendship. in order to keep your friendship, one should at least think if doing any of these.1. Be a good listener, refrain from offering advice or moralizing.2. Respect your friend's point of view. Different personalities can complement each other, it isn't always necessary to see eye to eye.3. NEVER betray a trust. Trust when violated, can ruin even the bestest friendship.
4. Support and praise your friends; IGNORE their failures and imperfections.5. NEVER resent a friend's success Instead, strive to admire his/her achievements.6. Flexibility is always important for maintaining friendships. Be UNDERSTANDING when your friend has a last minute change in plans. Learn to accept "I'm sorry to cancel but we'll make it up next time."well.. i know not all of you are willing to do this. only those who value their friends would do this and understand this with their hearts.p/s: don't understand?
try THIS!
once understood,
take a deep thought on it will yah?
take a bow
2:34 PM
don't let people look down on you!
you know you mean so much more! <3
hingga akhir nanti
Friday, July 16, 2010 10:43 AM
memang takde kaitan kan tajuk dia? itu normal kan?
hello there. saya kembali! :) bukan main lagi kan saya update blog kebelakangan ini kan? tak. tak. bukan sebab tengah cuti dan banyak masa tapi sebab tengah study week. well so called study week la. kelas tetap dijalankan macam biasa tapi semua sekejap-sekejap je dan ada pulak yang cancel macam tu aje. jadi bosan menguasai diri. jadi tak salahkan nak membuang habuk-habuk yang bersarang kat blog ni? ;-)hmm.. pejam celik pejam celik, berlalulah semester ketiga saya di UniRazak, Kelana Jaya ni. Rasa masih baru lagi saya menjejakkan kaki kat tempat yang tak berapa nak asing Julai 2009 lepas. masa tu semuanya rasa baru. kawan baru. pengalaman baru. rutin harian yang baru. tapi hari ni? semua tu dah jadi rutin harian yang biasa. semester 3 ni adalah semester pendek. bermakna separuh dari semester biasa. so semuanya jadi sangat padat. kelas dan assignment memang normal la kan. bertindih antara satu sama lain meminta-minta untuk diselesaikan dengan kadar yang segera.semester 3 ni jugak banyak mengajar saya erti kesabaran. erti persahabatan. erti kepercayaan. memang tak dinafikan, semua ni banyak menjatuhkan dan menaikkan saya. [yer, jatuh dari segi fizikal pun banyak. yer, GELAKlah kuat-kuat lagi. :-p] tapi kita takkan belajar kalau tak terjadi pada diri sendiri. terima kasihlah korang-korang semua. tak baik berdendam. jangan ingat kita je yang bagus. masih ramai lagi kat luar sana yang lebih hebat dari kita. kita perlu buat yang terbaik untuk capai kat tahap tu. okay? belajar untuk kongsi kebahagiaan orang lain dan bukan menghancurkannya. ingat karma. what goes around comes around.UNITAR Kelana Jaya juga sudah tiada bila saya masuk semester 3 ni dan semestinya telah di-upgrade dengan nama UniRazak. terasa bangga sikit bila nama bunyi macam hebat dah kan? kalau dulu UNITAR sering dikaitkan dengan TARC and UTAR, kini tidak lagi. [hahaha.. macam bunyi iklan pencerah kulit muka!] so manusia-manusia semua, start noticing us alright? oh oh tak lupa jugak semester 3 ni lah semester terakhir kami kat Pintar Campus KJ ni. lepas ni we will be moving to L.CS (Leisure Commerce Square) bila dah kat tempat baru maknanya rutin pun akan berubah sikit. tiada lagi terminologi seperti R.U, Brothers, Kelana Mall, Giant and etc. semua tu bakal berubah. tempat lepak dan makan baru juga perlu dicari. parking pun? dan bagi saya, 'how to get there' baru.next week final exam. 3 subject yang cukup mencabar. tak dapat 3 dinstiction boleh buat saya nazak dengan serta merta. haha.. yang penting belajar kan? doa? yes doa diri sendiri dan doa mereka-meraka yang sudi. amin!gtg! snooker class is waiting! haha.. sape gelak, bukan bola snooker tu yang saya pukul tapi korang yang bergelar tenaga pengajar- Amar Zafran & Asyraf (kent).p/s: doakan saya okay?
saya ingin berjaya.
kalau saya berjaya mendapatkan DL,
oh indahnya mempunyai kenalan macam kalian!
surat buat teman
Wednesday, July 14, 2010 11:01 AM
tamaknya saya nak buat sampai 3 post dalam masa satu hari! tapi saya rasa saya nak! saya punya blog! :)kehadapan awak [bukan nama sebenar], tujuan saya menaip surat ini adalah kerana saya ingin meluahkan rasa hati saya ini. saya tak dapat bendung lagi segala perasaan yang bercampur-baur dalam hati saya ni. saya cuba tapi saya tak mampu.sejujurnya awak terlampau baik. terlampau baik sampai satu tahap orang hilang rasa hormat pada awak. saya tak tau apa awak dah buat sampai macam ni sekali orang buat awak. saya sedih tengok awak. tapi awak tetap relax je. macam takde ape berlaku walaupun saya tau awak sakit. sakit belakang sebab rasa kene tikam. awak mungkin rasa itu gurauan yang saya boleh terima tapi hakikatnya saya tau awak serius. awak, awak tau kan yang awak tak perlu puaskan hati semua orang. malah takde sape pun yang mampu puaskan hati semua orang. jadi awak tak perlu ikut sangat diorang-diorang yang tak bertanggungjawab tu. sebab akhirnya yang kecewa ialah awak dan bukan mereka. mereka mungkin hanya akan bersorak gembira. ada orang kita boleh buat kawan, ada orang boleh jadi lawan. awak kene ingat benda tu.kita semua kene faham yang manusia adalah organisma yang paling rumit yang diciptakan tuhan. kita tak boleh nak jangka apa diorang akan buat dan cakap. tapi awak kene sentiasa bersedia. memang seharusnya awak relax je. sebab awak tak salah. mungkin kehadiran orang lain dalam hidup awak yang menjadikan situasi sekarang makin sukar difahami. dia yang selayaknya sedih. dia yang sepatutnya rasa bersalah. dia yang seharusnya selesaikan semua ni.awak, people come and go. itulah lumrah dan norma kehidupan yang kita perlu tempuhi. sukar ataupun tidak. tapi kita kene jugak lalui kan? kawan yang ibarat kaca tu boleh je ditinggalkan kat mana-mane macam botol kaca yang berselerakan kat tepi jalan tu and kawan ibarat permata tu, genggamlah i bagai nyawa kita sendiri.satu saya nak dari awak, belajarlah kata tidak ataupun no sekali sekala. bukan untuk mengeruhkan keadaan tapi untuk membaikpulih masa depan. saya tak nak orang pijak kepala awak. niat awak memang baik tapi.. kalau sampai macam ni jadinya, baik tak payah kan?jadi, awak berhati-hatilah and be strong! saya tau awak boleh. cuma ingat! jangan buat benda bodoh. janji yer. saya sayang awak!yang ikhlas,
thira.
letters to...
10:41 AM

i saw this on dila ariff's blog and somehow i find it interesting. at least i could blog everyday for a reason and not to just rant anything out which most of it are ridiculously non-sense at all. :) shall give it a try, kan? nanti i start okay? :)
aku adalah hippo, kau adalah hypo
10:02 AM
hippopotamus are not meant to live! eh salah! hypocrites! yes. hypo yang ni. bukan hippo yang comel lagi hampir pupus tu! orang yang suka take other people for granted pun tak layak untuk hidup! marahnya saya kan? memang marah pun! semua dasar tak kenang budi. saya semakin tak faham dengan orang atau bahasa lebih tepatnya manusia. heh. memang tak dinafikan yang manusia berubah sejajar dengan perubahan masa. [gila bai bahasa melayu aku!] tapi.. entahlah. kalau berubah jadi lebih baik takpe jugak? ini tidak. yer.. tidak dinafikan juga setiap manusia ada hak ke atas diri masing-masing untuk berubah ke tahap yang macam mana. [nak hebat je kan bahasa saya? ni bercakap pasal hak sebab baru lepas belajar pasal perlembagaan. ahaks! :-p] inilah yang dinamakan kawan semasa senang mudah didapati di pasaran tapi kawan ketika susah derita payah dan sewaktu dengannya memang sama susah untuk dicari di mana-mana sekalipun. nak kutip tepi jalan pun takde.
ah! ayat kasi gempak je. jadi ambiklah iktibar sikit. tak payah banyak. bila berkawan, berkawanlah dengan bersungguh dan bukan atas niat-niat yang tak elok. dan bila memilih kawan, pilih yang terbaik dari yang terbaik. nobody's perfect. tuhan bagi akaluntuk berfikir. bagi hati untuk memahami. gunakanlah semua tu sebaik mungkin. terangkan hati tu.
jangan mudah mempercayai sesiapa sekelip mata andai tidak tahu yang benar.
jangan mudah mengadili orang hanya kerana kesilapan sebesar zarah.
jangan mudah menuding jari jika diri tidak dicermini.
jangan mudah terpengaruh hanya kerana buta hati.
jangan berlagak tau segala andai ilmu baru sikit ditimba.
p/s: i trust no one but them and only them.
biar buta mata, jangan buta hati.
biar telinga tak mendengar, tapi otak memahami.
bosan
Friday, July 9, 2010 11:55 AM
marketing bagi saya headache walaupun lecturer sikit punye baik. XD
something.for.you
Tuesday, July 6, 2010 8:32 PM
everything i do, i do it for you.tapi kalau semua tu salah kat mata orang lain, i'll stop.saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.the least i could do is to let them happy.senang je nak buat tu.lukakan hati sendiri dan secara automatiknya, mereka akan gembira.mudah je kan?semua yang saya buat serba tak kene.hati awak pun kadang-kadang saya rasa saya tak mampu nak puaskan.saya terlampau sensitif.saya cepat terluka.saya cepat rasa bersalah.saya cepat naik angin.saya tak boleh control.mungkin betul la diorang rasa saya tak layak untuk awak.mungkin awak berhak untuk orang yang lebih baik.p/s: mood emo seketika.
terima kasih pada mulut-mulut longkang tersebut.
memang ikutkan bukan sekadar kuih talam tapi kuih lapis.
rasa manis? dia lah yang makan ais krim. *senyum penuh makna*
Marketing [BKD0013]
Thursday, July 1, 2010 10:39 AM
kenapa dengan subjek di atas? erm, ada assignment! on going yang sepatutnye di-submit 2 days ago? call me hebat or lazy! i don't give a damn. hasil dari ketiadaan internet di rumah mengakibatkan all the delay in progress.saya ni spesis burung hantu yang sangat aktif pada waktu malam. bila tau ada kerja kene siapkan, malam kalau tak tido pun takpe tapi janji boleh concentrate untuk buat. now bila takde peneman setia, ie: internet, jadi alahai lemahnya nak siapkan kerja kat work station tu. :(sekarang kerja saya dah tertangguh dua hari. tapi berbelog boleh pulak kan? sakai tak sakai belakang kira. sekarang saya nak pergi buat la ni. COSMETIC BRAND AUDITING! walaupun saya perempuan tapi tapi, ilmu pengetahuan tentang barang cosmetic ni saya cetek jugak! hahaha.. tak layak jadi lelaki mahupun perempuan. so saya nak jadi ape? jeng3x!okay bye! terima kasih baca hasil repekan saya. [repekan adalah cerita merepek] p/s: mam, mam cantik and popular.
jangan potong markah yer?
saya janji akan come up dengan hasil yang cemerlang.
oh assignment kedua pun saya akan buat yang paling vast!
asalkan saya dapat A yer mam? ;-)