hujung minggu saya yang okay. :D
Tuesday, June 30, 2009 11:44 AM
asyik-asyik blog di-update dengan tag, asyik-asyik tag meng-update blog.. ehh? chehh.. ayat serabut. heh.. mari saya ceritakan perjalanan hari-hari di hujung minggu yang lalu. macam geli sungguh ayat ini. (-_-")pada suatu malam sabtu yg angin tak berapa nak bertiup sepoi-sepoi bahasa, saya bersama pakcik, makcik, sepupu lelaki dan sepupu perempuan telah ke satu utama.. eh eh.. silap.. one utama. matlamat (sungguh advance perkataan ini..) ke sana adalah untuk memborong barang2 keperluan sepupu lelaki yg bakal menjadi student Universiti Malaya.. (aku bangga dgn kau siott walau aku tak penah tayang riak bangga aku sebab nanti aku rasa nak terajang kau.. XD)jadi list barang adalah:- baldi, kasut Converse, sabun mencuci baju sebab tak nak bagi pekerja kat laundry penat.. (?) haha..hasil selepas sejam:- kasut Converse (sebab ini matlamat utama dia.. XD), s***d** (nanti dia terajang saya kalau saya bocorkan rahsia dia..), bantal yg empuk lagi best..kemudian, kami menuju ke Food Court Jusco sebab sepupu lelaki ini akan dikuarantin, jadi dia mengidam makan fish and chip.. huu.. tetapi disebabkan rambang mata, beliau memilih makanan lain.ok malam itu tamat sebegitu sahaja.. ada sesuatu ingin saya ceritakan disebalik kejadian malam itu, tetapi sebelum periuk ape meletus, biar saya simpan ceritanya dahulu.. hahaha..keesokkan harinya.. i have a date with Shea LaBeouf.. :D
to be honest, i was not a big fan of transformers. i dunno whether i'm lame or what but yea. haha.. so selepas semua org terlampau kecoh, jadi saya pun mengatur langkah ke sunway pyramid bersama sepupu perempuan dan anak sedara lelaki yg kononnya macam muka ricky martin bak kata kawan kakak saya.. (-_-")jadi kami terus ke panggung wayang.. omg la. sangat 'pendek' Q! sampai turn kami, seats yg tinggal hanyalah yg paling hadapan. row A okeh. (-_-") selepas berkira-kira dan semangat anak sedara mirip ricky martin ini begitu beria-ia nak tengok so boleh boast kat sekolah yg dia juga sudah menonton movie ini, kami bersetuju dan membeli ticket paling hadapan and paling tengah tersebut. :Dawesome possum. itu sahaaj yg mampu saya katakan tentang movie ini. XD