i miss what i miss and that is..
Tuesday, May 12, 2009 2:06 AM
*drumroll*
at no.1 spot, being in kindergarten. yes. :) saya rindu zaman sekolah tadika saya. dalam masa 2 tahun saya pindah-pindah tadika dulu. macam bapak kerja kerajaan pulak. ceh cehh.. mula2 pergi tadika mat salleh. [ceyh.. menyampah kan? i tau. :p] nama frobell. very near to my house. jalan kaki je. lambat pon takpe. [eh, yeke?] then, frobell bankrupt kot? [eh, tak tak.. tak tau la what happened..] we were sent to aladdin. [tak.. saya tak pergi tadika naik karpet terbang.. sobs..] then yg terakhir, saya tak ingat. serius sikit pun tak ingat. tapi nama cikgu dia i ingat, Mrs. Mary J Blige. eh, penyanyi black cikgu i? tak mungkin tapi dia memang seorang india yang gelap manis. Mrs. Mary je nama dia. heee.. zaman tadika sangat free. boleh main komputer and belajar benda interesting yg baru tiap-tipa hari. boleh mandi swimming pool. boleh buat konsert tanpa rasa segan-segan panda. :) sebab walau teruk macam mana pun kita beraksi, orang tetap rasa entertain cause we were the most cutest creature on earth. THEN. hahaha.. now? still does.
tempat kedua ape? masa kecik-kecik dulu, bila bab makan, mintak ape saje mesti dapat. mesti mak masak or beli. tapi sekarang? sendiri mau ingat la. either masak sendiri or beli sendiri. or kadang-kadang lagi best, kene tunggu berbulan kalau nak jugak orang lain yg buatkan. kalau harini saya mintak, masak lemak ikan patin, esok boleh dapat tak? suruh la ikan patin tu terbang ke sini?
next, masa sekolah rendah, saya mengaji dengan seorang guru agama yg juga telah mengajar mengaji kepada kakak-kakak dan abang saya, juga beberapa orang terkenal yg lain. masa tahun pertama mengaji iaitu ketika di dalam darjah dua, saya sangat baik. tapi lepas tu, bila dah ramai kawan, makin nakal la pulak. hee.. lepas tu, selalu simpan gula-gula banyak-banyak. buat rasuah. sebab masa ngaji tak boleh cakap-cakap, nanti bila tiba giliran & ngaji tak lancar, kene rotan. so bagi mengelakkan si mulut becok menyampaikan berita kesalahan kami kepada guru mengaji, mulut mereka telah ku sumbat dengan gula-gula. paling best bila crush saya yg pertma pun mintak kat saya. *merah pipi* dan dia juga lah lelaki pertama yg tau saya sudah akil baligh.. sumpah malu! tapi suka!
taking place at no.4, rindu nak main batu seremban waktu sekolah. then kene sorok2. ni masa sekolah rendah. sebab masa sekolah rendah banyak gila pantang larang. sekolah menengah relax sikit. dan best sangat kalau dapat main kad. hahaha.. main ramai-ramai. best. cho tai tee anyone. [oh, dan begitukah ejaannya?]
no.5, saya rindu nak makan bersama gang saya. yer.. makan beramai-ramai di kantin sekolah menengah assunta yg cantik lagi luas itu. makan nasi lemak bersama-sama. dan kemudiannya berkongsi air secawan. yer secawan dan dikongsi up to 8 people. masihkah kau ingat? hahaha.. dan rindu juga nak jerit2 happy birthday bila ada birthday someone. hahaha..