i need space.
Tuesday, February 10, 2009 10:51 AM
ish.. pernah tak anda melalui situasi di mana anda mendapat panggilan yg tak dikenali dan pastu marah2?TEMPER tau? benda ni baru terjadi 5 minit yg lalu.. ada miss call.. seperti biasa. selepas menginjak remaja.. eceh.. no. yg tak dikenali tak akan dilayan. so.. dia antar message.. "awak ni siapa? aritu awak ada call.. siapa?" again aku tak layan ah kan. haha.. bazir kredit kot.. dah ah tak pernah pun kot aku call dia.. selang 7 minit selepas tu, dia call.. adoi.. macam tak paham-paham bahasa. dengan nada malas nak layan aku kata hello..perempuan/lelaki desperate: awak ni sape??? [eh, melampau betul intonasi.. sabar je ah..]aku: eh, awak yg call, awak tanya saya siapa?pap! dia letak. ish.. situasi yg sgt cliche. nak kenal, cakap jelah. tak payah la kata awak call saya aritu la. saya terjumpa no. awak la. tersalah dial la. salah nombor la. tolong ok. tu sume tak boleh pakai dah. sila cari 'story cover line' baru.last 2 days pun ada jugak. main miss call miss call.. report polis baru tau. then dia call.. awak ni siapa.. dan jawapan stereotype aku sudah tentulah, awak call, awak tanya saya siapa..laki desperate: oohh.. saya tekan-tekan je no. awak. ni awak dari mane?aku: dari pj..laki desperate: ok takpelah. [aku pun letak.]tak lame lepas tu boleh pulak antar message.. "boleh kenal? nama siapa?" malas kot nak layan. maka dengan itu message itu tergolong dalam message2 yg tak diperlukan.. "deleted"..ok.. situasi2 nak kenal ni semua dah lama kan. macam2 sebab kita bagi. well, aku pun penah. tapi masa aku sekolah tingkatan 2 je kot. then aku berhenti. tak larat dowh. bazir credit je.. taubatlah. cari sebab musabab baru nak berkenalan. tak pun, be straight to the point sudah.