bahasa jiwa bangsa.
Friday, October 17, 2008 2:22 AM
hmm.. terlampau banyak draft yg terbengkalai. sangat malas rasanye untuk aku menghabiskannye. like i said earlier, i'm a good friend to procastination. idea aku untuk menulis semakin luput. kalau dulu zaman skola [macam la lama dulu. padahal tahun lepas je.] karangan aku berjela2. macam2 idea yg terbentuk dari minda dan akal aku yg tak seberapa kreatif ini. baik nukilan di dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. aku sangat bangga. :) jadi aku disini ingin memperkatakan sesuatu tentang bahasa.
aku mengaku bahasa aku tak sehebat mane. baik bahasa melayu atau bahasa inggeris. kalau cakap memang tak boleh bla. mesti nak rojak. tak tau la kenapa. tapi bile buat karangan, agak superb la. [kan aku dah kata. nak jugak letak perkataan inggeris. hampeh.]
tapi aku disini bukan ingin menulis perihal kehebatan aku di atas sehelai kertas mahupun di skrin pc ini tapi perihal manusia2 lain di luar sana. mungkin kamu. aku agak sakit mata membaca post2 yg bahasa nye aku tak faham. bukan kerana post tu dalam bahasa lain selain bahasa melayu atau bahasa inggeris tapi campur kedua2 bahasa tersebut dengan kesilapan ejaan, tatabahasa, penggunaan perkataan & kesesuaian ayat. kadang2 ayat tu sangat mudah dan simple. tu pun boleh silap. kes ini selalunye terjadi dalam post2 yg berbahasa inggeris atau yg rojak yg ditulis oleh orang melayu. [hanya pandangan aku, ok?]
aku bukan nak tunjuk belang ke ape ke. kadang2 nak menulis pun kene ada keyakinan diri tapi biar bersesuaian dengan waktu la ok. kamu kadang2 dengan confident menulis-said it to me that if thats happen. bukankah hanya perlu begini- said to me if that happens. dan yg ini- this will afford alots of money.. sepatutnye menjadi begini- this will cost a lot of money/expenses.. benda kadang2 mudah. it's us who turn things complicated and hard. [seribu kemaafan pada pemilik ayat tersebut. aku tak pandai reka ayat bahasa inggeris yg salah. aku juga tidak membetolkan ayat itu dgn tatabahasa yg 100% btol, hanya btol pada kefahaman org.]
kadang2 lagi geram tengok bile ayat simple sebegini tak boleh bina tapi amat arif mencarut di dalam bahasa inggeris. fuck la. asshole la. bastard la. son of a bitch. u name it, sume tau guna perkataan2 tu. tapi bila ditanya maksud, kamu yakin kamu tau?
aku tiada ape untuk diperkatakan tentang blog bahasa melayu kerana aku yakin bangsa aku masih tau menggunakan bahasa ibunda mereka. dan aku takkan kritik nukilan bahasa melayu kamu kerana aku tiada hak dan aku yakin yg diri aku masih tak sempurna dalam bahsa ibunda ku sendiri. tapi pengakuan ini juga tidak bermakna aku hebat di dalam bahasa keduaku cuma ayat yg ringkas tu aku pasti budak skola juga boleh memperbaikinye.
daripada kamu memalukan diri [walaupun kamu tak rasa atau sedar, tp sekurang2nye minta bantuan atau pandangan org sebelum memaparkannye ke dunia maya ini. buangkan sedikit rasa confident tu, tundukkan keegoan tu pasti akan lebih hebat.] baik kamu agungkan bahasa kebangsaan kita kan. biar la satu dunia tak dapat baca sebab tak paham, janji satu malaysia, singapura, brunei, indonesia and maybe thailand boleh baca. tu pun satu pencapaian hebat kan.
tidak menulis di dalam bahasa kedua tersebut tak bermakna kamu tak cool, cuma kamu menjadi remaja yg berpatriotik sket. hehe.. tak salah bukan? itu lagi cool. aku sebenarnye tabik pada kamu-kamu yg mampu menghasilkan nukilan2 kamu di dalam bahasa melayu sepenuhnye. aku ada mencuba, hasilnye nukilan tersebut terbengkalai dan menjadi draft semata2.
ok. sebelum aku membangkitkan rasa marah dan benci kamu terhadap aku, baik aku berhenti.
aku juga manusia yg tak sempurna. juga melakukan kesilapan. juga perlu dimaafkan. juga punye pandangan. juga punye perasaan. sama macam kamu semua. aku faham, ok?